Terapi Titik Asal (Origin-Point)

Terapi Titik Asal (原始点疗法) telah direka oleh seorang pengamal Perubatan Tradisional Cina dari Taiwan, Dr Chang Chao Han.
Terapi Titik Asal adalah terdiri dari satu set prinsip dan satu set teknik untuk merawati penyakit. Prinsip-prinsipnya radikal, walaupun dari perspektif Perubatan Tradisional Cina. Sebagai contoh, ia menyatakan bahawa punca penyakit adalah disebabkan oleh kecederaan jin (筋). Oleh itu, apabila kerosakan jin dibaiki, penyakit tersebut sembuh. Virus, bakteria, dan lain-lain mikrob tidak ada kaitan dalam rawatan penyakit, dan justeru itu tidak ada ubat antibiotik terbabit dalam Terapi Titik Asal. Biasanya, Terapi Titik Asal melibatkan tidak lebih daripada urutan titik asal di sepanjang tulang belakang atau anggota dan penggunaan pad suam pada titik tertentu di badan. Teknik ini mudah sahaja, tetapi keputusannya adalah serta-merta dan biasanya, terlalu mengagumkan.
Di Singapura, anda boleh merasai Terapi Titik Asal (Origin-Point) di Asia TCM.