Rawatan kesan sampingan strok di klinik TCM Singapura

Sebilangan besar pesakit terus menjadi cacat selepas strok walaupun pemulihan dengan kaedah rawatan yang standard. Mengintegrasikan TCM sebagai sebahagian rawatan pesakit mengurangkan kesan sampingan ubat-ubatan barat dan dalam kebanyakan kes menyelesaikan gejala.
Akupuntur biasanya digunakan sebagai alternatif pemulihan bagi mangsa strok. Terapi akupunktur lazimnya digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina (TCM) bagi keadaan berpunca daripada strok seperti lumpuh, masalah percakapan dan menelan , dan depresi. Ia boleh memberi manfaat, terutama sekali apabila digunakan di peringkat awal selepas strok. Manfaat akupunktur dan TCM bagi rawatan komplikasi strok termasuk:
Meningkatkan penggunaan tangan dan kaki
Pergerakan yang lebih baik
Relaksasi otot
Pengurangan dalam kesakitan
Tidur yang bertambah baik
Membantu dengan kesukaran bercakap
Adakah akupunktur benar-benar berkesan untuk membantu mangsa strok bertambah baik? Rawatan akupunktur memang mampu merawat masalah strok dengan menstabilkan pengaliran darah, merangsang saraf yang tidak bermaya dan membetulkan tenaga Qi. Banyak kajian yang melibatkan beribu-ribu pesakit telah diterbitkan di China dan Jepun menunjukkan bantuan yang ketara. Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa pesakit sembuh dengan lebih cepat, prestasi yang lebih baik dalam menjaga diri sendiri, kurang memerlukan jagaan dan terapi pemulihan, dan perlu perbelanjaan penjagaan kesihatan yang kurang.
Terdapat pesakit kami yang merasakan kesan selepas rawatan pertama tetapi adalah dinasihatkan mendapatkan rawatan lanjutan supaya mendapat kesembuhan sepenuhnya. Rawatan diberi beberapa kali seminggu pada awalnya dan secara berperingkat kekerapan dikurangkan. Bilangan rawatan akan berbeza bergantung kepada individu, keterukan strok dan panjang masa daripada strok asal sehingga rawatan bermula.
Dalam proses menggunakan akupunktur untuk pemulihan strok, adalah penting untuk bekerjasama dengan pakar akupuntur yang berkelayakan. Jika strok ini adalah satu kebimbangan anda, rawatan TCM dan akupunktur di klinik TCM dengan Asia TCM Singapura boleh memberi manfaat kepada anda. Untuk mengembalikan gaya hidup sihat anda, bolehlah hubungi kami untuk temujanji.
BLK 642A PUNGGOL DRIVE #17-345
SINGAPORE 821642
Tel: 6758 2762
Email: contact@asiatcm.com
Homepage: http://asiatcm.com