Merawat masalah lumpuh wajah sebelah dengan akupunktur di Singapura

Akupunktur adalah sebahagian daripada Perubatan Tradisional Cina (TCM) dan wujud sejak beribu-ribu tahun lalu. Ia melibatkan memasukkan jarum halus ke titik tertentu atas kulit atau menggunakan pelbagai teknik lain ke titik akupuntur bagi menghasilkan penyembuhan.
Kelumpuhan muka adalah satu penyakit yang juga dikenali sebagai "Ball's Palsy", di mana saraf yang mengawal pergerakan dan deria di wajah tidak berfungsi dengan normal. Lumpuh saraf dan otot muka menyebabkan pesakit tidak dapat mengawal apa yang berlaku di kawasan muka. Ia dipercayai berpunca daripada inflamasi saraf muka.
Akupunktur telah menunjukkan beberapa keberkesanan dalam merangsang dan mengaktifkan kembali saraf muka dalam merawat masalah bell's palsy atau lumpuh wajah sebelah. Berdasarkan kepada TCM, lumpuh muka disebabkan oleh halangan yang mengganggu aliran peredaran yang berpunca daripada patogen yang menyerang saluran lalang di muka. Halangan ini menghalang saluran dan otot daripada menerima khasiat yang diperlukan. Sebarang halangan semasa pergerakan Qi adalah seperti sebuah empangan. Jarum akupunktur dicucuk di titik-titik di wajah yang dikenalpasti membuka sekatan halangan di empangan, dan membina semula aliran biasa sepanjang meridian. Jarum akupunktur membuka sekatan halangan di empangan, dan membina semula aliran biasa sepanjang meridian. Akupunktur sekaligus membantu membetulkan ketidakseimbangan dalam tenaga muka dan peredaran darah. Justeru itu mengembalikan rangsangan bagi pergerakan otot dan saraf muka.
Secara ringkasnya, perubatan Cina dan akupunktur secara tetap boleh meningkatkan keputusan dengan ketara dan membantu menyelesaikan keadaan ini. Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur untuk masalah bell's palsy atau lumpuh wajah sebelah bolehlah menghubungi Asia TCM di Singapura.